Assalamualaikum, secara ikhlasnya saya berpendapat
apa saja isu-isu yang boleh memecahbelahkan pakatan BA tak perlulah difowardkan
ataupun dilayan.
PAS telah istiqamah sekiranya berjaya memerintah
Malaysia, kita akan mengawal pakatan yang telah dijalinkan kerana majoriti atau
kekuatan berada dipihak PAS. Kalau nak diungkit banyak yang boleh dikritik, Lim
Kit Siang, Karpal Singh, dan lain-lain tokoh yang dulunya tak sehaluan dengan
kita.
Jangan membebankan pembaca dengan isu-isu yang
pemimpin-pemimpin atasan PAS sendiri tidak pernah bangkitkan dalam siri-siri
ceramah mereka. Saya sebagai ahli PAS di Kuala Lumpur yang tidak pernah miss
melayari Laman Reformasi tidak pernah berjumpa artikel dilaman tersebut yang boleh
mencetuskan keresahan ahli-ahli PAS maupun lain-lain pemimpin parti BA.
Perlulah diingat bahawa masih ramai rakyat yang masih
tidak ketentuan samada menyokong PAS 100% ataupun atas dasar simpati keatas nasib
yang menimpa DSAI. Kita tidak mahu mereka-mereka ini akan lari semula kelubuk
Um-No disebabkan artikel-artikel yang kita tidak tahu puncanya dan apa disebalik
tersiratnya artikel tersebut difowardkan ke laman yang dikelolakan oleh PAS.
Untuk memecah-belahkan PAS/ADIL supaya sokongan orang
Melayu keatas BA berkurangan. Kita boleh mendabik dada Terengganu telah PAS tawan,
bagaimana dengan negeri-negeri yang lain. Simpati kita keatas DSAI akan membuatkan
penyokong-penyokong Reformasi berpihak kepada PAS sekiranya diletakkan calon PAS,
tetapi sekiranya laman-laman web PAS memuatkan artikel-artikel yang boleh
menimbulkan keresahan mereka, pastinya mereka akan memandang sinis kepada kita dan
akhirnya merugikan PAS sendiri.
Akhir sekali berhati-hatilah memilih artikel yang
perlu difowardkan, jangan kerana kita ketandusan artikel, apa saja yang disogokkan
akan kita siarkan kerana ramai yang memantau laman-laman web PAS and
pendokong-pendokong Reformasi.
Wassalam.
Takbir, Allah Hu-Akbar, Allah Hu-Akbar, Allah
Hu-Akbar.